fbpx

Lelaki warga asing ditahan cederakan anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Padah kerana menggunakan kekerasan terhadap anggota polis, seorang lelaki warga asing ditahan semasa cuba melakukan jenayah pecah rumah di Jalan SS2/18, Petaling Jaya pagi tadi.

Lelaki berusia 24 yang juga pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu ditahan kira-kira pukul 5.11 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima satu laporan berkenaaan jenayah pecah rumah di kawasan tersebut.

Katanya, sepasukan polis telah dikerah ke lokasi kejadian dan setibanya angggota di kawasan berkenaan telah terlihat seorang lelaki sedang menggoncang dan mengetuk pintu pagar setiap rumah menggunakan plat besi.

“Ketika anggota cuba menahan suspek, lelaki berkenaan telah bertindak agresif dan cuba memukul anggota dengan plat besi berkenaan sebelum berlaku pergelutan.

“Anggota telah menggunakan kekerasan minima untuk menahan suspek. Salah seorang anggota juga telah mengalami kecederaan ringan akibat tindakan agresif suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nik Ezanee, semasa suspek dibawa ke balai, dia sekali bertindak agresif dengan menjerit sambil menendang pintu utama balai sehingga mengalami kerosakan.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif ganja dan dia kini direman selama empat hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI