fbpx

Cecair merah atas kubur masih misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak Masjid Al-Irfan, Derga masih menutup kawasan perkuburan di situ daripada orang ramai di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Pihak Jawatankuasa Masjid Al-Irfan, Derga di sini, masih menutup laluan masuk ke tanah perkuburan yang menempatkan sebuah kubur yang ditemui dalam ­ke­adaan mendap dan me­ngan­dungi cecair warna merah pada 19 September lalu.

Setiausaha masjid tersebut, Yahya Saad berkata, orang ramai tidak dibenarkan untuk ma­suk ke kawasan tersebut tanpa kebenaran pihak masjid.

Katanya, pihak masjid hanya akan membuka tali garisan polis selepas mendapat arahan daripada pihak berkuasa tersebut kerana siasatan masih dijalankan.

“Walaupun masjid ini sudah dibuka untuk orang ramai menunaikan solat selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kota Setar ber­akhir pada Jumaat lalu, namun kawasan perkuburan masih ditutup,” ujarnya.

Menurut Yahya, urusan pe­ngebumian jenazah baha­ru dilakukan di kawasan perkuburan di sebelah kanan masjid.

“Ini bagi mengelakkan orang ramai masuk ke kawasan per­kuburan yang terletak di bahagian kiri masjid,” katanya.

Tambahnya, tiada lagi cecair ditemui pada kubur tersebut selepas kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh memberitahu, keputusan sampel tanah yang diambil dari kubur tersebut masih belum diperoleh.

“Sehingga kini pihak kami belum mendapat sebarang maklumat dan masih me­nung­gu keputusan dari Jabatan Ki­mia,” katanya.-K! ONLINE

Artikel berkaitan : Penduduk gempar ‘kubur berdarah’

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI