fbpx
JPJ menyita Toyota Vellfire dipercayai milik pemain bola sepak kebangsaan di Alor Setar pada Khamis lalu. - Ihsan JPJ KEDAH

Toyota Vellfire milik pemain bola sepak disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Vellfire dipercayai milik seorang pemain bola sepak kebangsaan disita gara-gara cukai jalan dan insurans tamat tempoh.

Kenderaan tersebut ditahan dalam Ops Luxury yang dijalankan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah di hadapan Penjara Alor Setar di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah di sini kira-kira pukul 11.30 pagi Khamis lalu.

Pengarah JPJ negeri, Stien Van Lutam berkata, semasa ditahan MPV berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang merupakan abang ipar kepada pemain bola sepak terbabit.

Katanya, pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) MPV itu telah tamat tempoh pada 18 November tahun lalu selain tidak mempunyai perlindungan insurans.

“Pemandu itu memaklumkan dia tidak mengetahui cukai jalan kenderaan tersebut telah tamat tempoh,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi khas itu dijalankan bagi memastikan semua pemilik kenderaan mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya tanpa mengira status atau latar belakang.

“JPJ Kedah akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan demi memastikan pematuhan undang-undang sentiasa dipatuhi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN