fbpx

Gergasi Merah makin alpa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN UiTM FC, Ariff Ar-Rasyid Ariffin mengasak penyerang Selangor, Sanfro Da Silva Mendonca pada perlawanan Liga Super Selangor menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam kelmarin.

KEALPAAN skuad Gergasi Merah telah membawa padah apabila gagal mengutip tiga mata penuh meskipun mendahului 2-0 pada babak pertama selepas diikat skuad UiTM FC dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam kelmarin.

Ketua jurulatih sementara Selangor, Micheal Feichtenbeiner mengakui, anak-anak buahnya bernasib baik berjaya mengutip satu mata selepas dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Ifedayo Olusegun.

“Pada aksi separuh masa pertama, pemain telah mempamerkan aksi mantap dengan menguasai sebahagian besar perlawanan sehingga menghasilkan dua gol.

“Namun, situasi berbeza pada babak kedua kerana pasukan UiTM FC melakukan serangan pantas hingga berjaya memerangkap benteng pertahanan kami. Secara keseluruhan, saya berpuas hati tetapi masih banyak ruang boleh diperbaiki untuk memastikan pasukan menang pada dua perlawanan terakhir nanti,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Sementara itu, Pengendali The Lion Troops, Frank Bernhardt percaya masalah keracunan makanan yang melanda barisan pemain telah menjejaskan momentum pasukan yang sebelum ini cemerlang mencetak kemenangan ke atas Terengganu FC dan Pahang.

“Seramai 10 pemain saya mengalami sakit perut selepas makan di hotel penginapan pasukan sehingga dua daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Susulan itu, kami tidak berada pada tahap kecergasan yang diperlukan dengan permainan pada separuh masa pertama agak teruk selain Selangor turut bermain tanpa sebarang kesilapan.

“Babak kedua pasukan kembali fokus untuk mendahului 3-2 sebelum pasukan lawan dihadiahkan sepakan penalti, namun saya gembira dengan aksi komited barisan pemain yang membuktikan kami sukar untuk ditewaskan kali ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI