fbpx

Prestasi DAP pada PRN Sabah meyakinkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa parti itu menunjukkan prestasi yang meyakinkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, DAP menang enam daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi di bawah lambang Warisan Plus.

“Kami dengan rasa terhutang budi, berterima kasih kepada pengundi dan penyokong di Luyang, Kapayan, Likas, Tanjung Papat, Sri Tanjung dan Elopura yang telah memberikan majoriti tambahan kepada kami.

“Bagi kegagalan kami di Bingkor pula, kami akan meneruskan usaha untuk berkhidmat demi membuktikan keikhlasan kami kepada penduduk setempat di sana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kejayaan DAP dibayangi oleh kegagalan Warisan Plus untuk memenangi majoriti kerusi-kerusi yang dipertandingkan.

Beliau mendakwa, ramai berasa sedih dan buntu mengapa sebuah kempen pilihan raya yang penuh dengan idealisme dan aspirasi tidak tercapai matlamatnya.

“Kami percaya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan mesej perpaduan beliau masih merupakan yang paling sesuai untuk Sabah yang terkenal dengan keharmonian kaum dan persefahaman agama,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI