fbpx

PKPD Penjara Tawau dilanjutkan sehingga 9 Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan secara Pentadbiran (PKPD) di Penjara Tawau  dan  Kuarters Penjara  Taman Ehsan Tawau, Sabah dilanjutkan  14  hari  lagi  sehingga  9  Oktober  depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil  kira peningkatan kadar kes baharu yang mencecah dua angka di kawasan berkenaan.

“Kerajaan  sebelum  ini  telah  mengumumkan  pelaksanaan PKPD di  Penjara  Tawau  dan  Kuarters  Penjara  Taman  Ehsan Tawau bermula 11  hingga  25  September lalu.

“Dalam  tempoh  tersebut,  kadar  kes  baharu  di  kawasan  berkenaan  ialah  sebanyak dua angka sehari dan 107 kes dilaporkan pada  23  September lalu.

“Mengambil kira penilaian risiko terhadap  penularan  wabak  ini,  kerajaan  bersetuju  melanjutkan  PKPD  di  kawasan  ini  selama 14  hari  lagi  bermula semalam hingga 9 Oktober depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI