fbpx

Ini baru betul pasukan Perak – Durakovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAKOVIC menghamburkan pujian ke atas para pemainnya yang berjaya membelasah Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Perak,Ipoh kelmarin.

Oleh AZIZAN HASHIM

KETUA Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menghamburkan pujian kepada anak-anak buahnya selepas meraih kemenangan besar 5-1 ke atas Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Durakovic turut memuji aksi cemerlang Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi selepas pe­nyerang The Bos Gaurus itu menyumbat empat gol dalam perlawanan berkenaan.

“Tiada apa yang dipinta oleh seorang jurulatih melainkan aksi mantap dan bertenaga seperti yang dipamerkan oleh skuad The Bos Gaurus malam ini (kelmarin).

“Menariknya, setiap pemain telah beraksi bersungguh-sungguh serta memberi sumbangan dan komitmen tingi untuk menghasilkan kejayaan tersebut.

“Saya benar-benar gembira dengan kejayaan Perak. Ini barulah betul pasukan Perak,” kata Durakovic selepas tamat perlawanan.
Durakovic bagaimanapun mengakui anak-anak buahnya terpaksa berdepan kesukaran pada perlawanan tersebut terutamanya ketika babak pertama.

Ini kerana menurutnya, Perak berada dalam situasi sukar dan tertekan selepas mengalami kekalahan ke atas Melaka dan dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT), namun segalanya kembali kepada asal.

“Felda berjaya memberi tentangan sengit kepada kami. Mereka pasukan yang bagus. Mujur kami tidak melakukan sebarang kesilapan semasa ditekan lawan,” kata Durakovic.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI