fbpx

268 kertas siasatan berita palsu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 268 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 131 kes masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 12 kes diberikan notis amaran, 16 kes dalam proses perbicaraan dan 19 kes telah mengaku salah.

“Pada masa sama, sebanyak 373 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail Sabri berkata, PDRM dan SKMM akan terus membuat pemantauan ketat terhadap penyebaran berita palsu dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang terlibat tanpa mengira latar belakang mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI