fbpx

Tukang cat edar pil Yaba bernilai RM3.18 juta ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah (tengah) menunjukkan rampasan dadah jenis pil Yab bernilai RM 3.18 juta di IPD Tumpat hari ini.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Seorang tukang cat berdepan hukuman mati mandatori apabila dia ditahan polis selepas dipercayai mengedar dadah jenis pil Yaba yang bernilai RM3.18 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chabang Empat di sini Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, susulan daripada penahanan suspek, polis tidak menolak kemungkinan dadah sebanyak 318,229 biji itu boleh diedarkan kepada 159,000 penagih di Kelantan dan Terengganu jika ia terlepas ke pasaran dua negeri itu.

Katanya, serbuan pada pukul 9.10 malam itu dijalankan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan telah menahan suspek yang berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.

Menurutnya, semasa serbuan dijalankan, suspek yang terkejut dengan kehadiran anggota polis telah bertindak terjun dari tingkap rumah untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun, tindakan pantas polis telah berjaya menahan semula lelaki itu. Pemeriksaan di dalam bilik rumah itu membawa kepada penemuan 229 biji pil Yaba yang berada di atas lantai.

“Suspek kemudian telah menunjukkan dua bungkusan guni mengandungi pil Yaba yang berada di bawah rumahnya itu,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di IPD Tumpat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, hasil pemeriksaan lanjut di dalam dua bungkusan guni itu telah menemui sebanyak lebih 318,000 biji lagi pil Yaba.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek sudah bergiat aktif dalam pengedaran dadah sejak Julai lalu.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek bertindak sebagai pengedar dan mempunyai rangkaian lain untuk menjalankan kegiatan tersebut.

“Suspek yang masih bujang direman selama seminggu bermula kelmarin hingga Khamis depan lalu bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI