fbpx

Tubuh jawatankuasa khas tangani sindiket jual beli minyak sawit haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus Abdullah menunjukkan memorandum selepas menyerahkannya kepada pegawai khas pejabat Perdana Menteri mengenai ketirisan dan ketidakcekapan pengurusan industri sawit Malaysia di Balai Pengawal Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) menggesa kerajaan agar menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat ketirisan dan ketidakcekapan pengurusan industri sawit di Malaysia.

Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya percaya kegiatan menjual minyak sawit mentah di secara haram di jalanan bukan sahaja memberikan kesan kepada pekebun kecil dan kilang-kilang kelapa sawit bahkan mendatang kerugian sehingga RM1 bilion kepada industri sawit negara.

Beliau mendakwa, pihaknya mengesan ketirisan, salah guna kuasa dan ketidakcekapan dalam pengurusan industri sawit negara hasil siasatan selama dua tahun.

“YPNM mendapati bagi setiap penghantaran lori minyak sawit dari kilang buah ke kilang penapisan, hampir 1,000 kilogram buah tandan basah dipercayai telah dijual kepada pembeli-pembeli haram di jalanan.

“Kegiatan sedut minyak sawit mentah oleh pihak tidak bertanggungjawab ini menjurus kepada kerugian besar di peringkat kilang- kilang kelapa sawit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas penyerahan memorandum di pekarangan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Terdahulu Mohd. Firdaus yang turut disertai kira-kira 30 orang pekebun kecil dan peneroka tanah menyerahkan memorandum tersebut kepada Pegawai Khas Perdana Menteri, Azril Mohd. Amin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI