fbpx

Sukuk Prihatin terlebih langganan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sukuk digital pertama negara, Sukuk Prihatin telah terlebih langganan dengan jumlah lebih RM666 juta, mencerminkan semangat rakyat mahu membantu pemulihan ekonomi negara.

Jumlah berkenaan melepasi sasaran penerbitan asal yang berjumlah RM500 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku abdul Aziz berkata, memandangkan sambutan memberangsangkan diterima daripada pemohon yang layak, kerajaan memutuskan untuk menerbitkan langganan tambahan sebanyak RM166 juta.

Jelasnya, lebihan langganan dan kejayaan penerbitan Sukuk Prihatin adalah bukti sema­ngat dan kerjasama rakyat dalam menghadapi tempoh mencabar sekarang.

“Langganan secara online ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan melakar sejarah buat sukuk digital pertama seumpamanya di Malaysia,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini semalam.

Sukuk Prihatin diterbitkan dengan tujuan memberi peluang kepada rakyat menyumbang ke arah usaha membina semula negara.

Dana terbitan sukuk itu akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Covid-19 untuk pelaksa­naan langkah-langkah pemulihan ekonomi seperti menambah baik kesaling hubungan di sekolah luar bandar, menyokong usaha penyelidikan penyakit berjangkit dan membiayai usahawan mikro.

Ia menawarkan kadar keuntungan sebanyak dua peratus setahun yang akan dikecualikan cukai dan dibayar setiap suku tahunan.