fbpx

Sepak takraw kembali sebagai sukan teras negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL (kanan) bersama Ahmad melakukan gimik pelancaran STL di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam tadi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan bahawa sukan tradisi sepak takraw akan kembali dalam sukan teras negara.

Pada tahun 2017, sepak takraw menerima tamparan hebat apabila digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain angkat berat dan taekwondo yang menerima nasib yang sama.

“Saya boleh pertimbangkan untuk dimasukkan semula dalam sukan teras, namun saya akan bawa isu ini untuk dibincangkan dalam KBS, Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bagi lihat semula.

“Selepas kita lihat atas kejayaan pasukan sepak takraw negara sebelum ini, ia mungkin disenaraikan dalam sukan teras, namun pada waktu ini saya akan beri pertimbangan serius,” katanya selepas merasmikan Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam tadi.

Diminta mengulas mengenai nasib persatuan-persatuan lain yang digugurkan, Reezal mengakui dia akan melihat secara menyeluruh.

“Sukan sepak takraw digugurkan tiga tahun lalu dan saya tidak tahu kenapa. Jadi saya mahu tahu alasan utama sukan itu digugurkan,” tambahnya.

Sebelum ini, Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail pening apabila sukan tradisi negara itu digugurkan tanpa sebarang sebab kerana merasakan tidak ada alasan digugurkan daripada senarai sukan teras kebangsaan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI