fbpx

Penjara mandatori pesalah alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

“Ketiadaan air memang menyusahkan saya sekeluarga, lebih-lebih lagi kami tidak dimaklumkan lebih awal oleh pihak berkaitan.”

Itulah luahan salah seorang penduduk negeri Selangor, Muhd. Rafie Rasol, 29, yang mengeluh akibat insiden terbaharu gangguan bekalan air di beberapa daerah di Selangor minggu lalu disebabkan pencemaran Sungai Gong, Rawang.

Isu pencemaran sungai hingga mengakibatkan gangguan bekalan air yang menjejaskan kira-kira 5 juta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur itu bukanlah perkara baharu.

Kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan kesedaran sesetengah pihak mengenai kepentingan penjagaan kebersihan sungai serta alam sekitar dikatakan punca utama kepada permasalahan ini.

Sikap sesetengah pihak yang suka membuang sampah merata-rata juga mencerminkan betapa pemikiran masyarakat masih lagi terkebelakang.

Selain itu, pembangunan yang tidak terkawal di kawasan hulu sungai seperti projek pembinaan perumahan dan aktiviti pembuangan sisa kilang juga dipercayai antara punca kepada permasalahan ini berlaku.

Ia secara tidak langsung menunjukkan kelemahan pada sistem pengurusan serta pe­nguatkuasaan pihak berkuasa berkaitan dalam hal ini.

Langkah kerajaan untuk menambah baik Akta Industri Perkhidmatan Air & Akta Kua­liti Alam Sekeliling dilihat dapat membendung masalah pencemaran sungai dan alam sekitar yang boleh mengakibatkan ke­sengsaraan kepada masyarakat.

Penasihat Persatuan Aktivis Sahabat Alam, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengambil serius permasalahan ini demi kepentingan negara.

Bagaimanapun, beliau me­nyarankan pihak berkuasa agar menguatkuasakan undang-undang sedia ada terlebih dahulu sebelum penambahbaikan akta dilaksanakan kerajaan.

“Apa yang penting sekarang, pihak berkuasa perlu menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia ada dan jika tambah baik akta sekalipun tapi tiada penguatkuasaan, maka tiada makna ia dipinda.

“Sebagai contoh, di dalam Kanun Tanah Negara jelas menyatakan rizab sungai tidak boleh diceroboh, tapi kebanyakan daripada kawasan ini telah diba­ngunkan kerana kelemahan pe­nguatkuasaan,” katanya.

Sementara itu, aktivis Alam Sekitar, Profesor Dr. Maketab Mohamed berkata, hukuman penjara mandatori perlu dikenakan kepada mereka yang melakukan pencemaran sungai hingga menjejaskan kepentingan awam.

“Pendek atau panjang tempoh penjara tidak menjadi isu, tapi yang penting adalah hukuman tersebut perlu dilaksanakan secara mandatori mungkin dalam satu hingga lima tahun.

“Jika didapati bersalah, maka tertuduh mesti dipenjarakan baru orang ramai takut,” ujarnya.

Selain itu, Maketab menyarankan supaya sistem pengurusan lebih sistematik dapat diwujudkan agar kualiti air sungai dapat pertingkatkan.

“Kaedah lebih sistematik perlu dilaksanakan dengan tidak membenarkan kilang baharu dibina di kawasan hilir sungai sumber air mentah loji rawatan air.

“Sementara kilang-kilang lama terutamanya yang mempunyai air sisa tercemar, perlu diarahkan untuk berpindah bagi me­ningkatkan kualiti air,” jelasnya.

Di samping itu, beliau turut menggesa agar pihak kerajaan mewartakan semua kawasan tadahan air supaya kualiti air sungai mencapai tahap terbaik iaitu kelas 1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI