fbpx

KPKK rancang komersialkan komoditi buluh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk membangunkan komoditi buluh secara komersial.

Menterinya, Datuk Dr. Mohamad Khairuddin Aman berkata, pembangunan komoditi itu telah disenaraikan sebagai program ‘game changer’ dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) termasuk Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2021-2025.

Katanya, pembangunan industri ini perlu memandangkan Malaysia mempunyai hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna termasuk spesies buluh.

“Dianggarkan terdapat sebanyak 58 juta rumpun buluh meliputi taburan kawasan seluas kira-kira 329,000 hektar dengan komposisi 45 peratus di Sarawak, 31 peratus di Semenanjung dan 24 peratus di Sabah.

“Negara kita mempunyai lebih kurang 59 spesies dengan 45 daripadanya merupakan spesies tempatan yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairuddin berkata, Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) yang terletak di Kuala Berang, Terengganu akan dijadikan sebagai pusat rujukan model ladang buluh di Malaysia selepas Sambutan Hari Buluh Sedunia pada 4 Oktober depan.

“Jika pembangunan ladang buluh dapat diusahakan dan diuruskan secara mampan, ia mampu menjadi salah satu sumber pendapatan baharu kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Berdasarkan kajian, buluh memiliki tempoh matang yang singkat iaitu sekitar tiga sehingga lima tahun sahaja berbanding tempoh matang pokok kayu yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 tahun,” katanya.

Tambah beliau, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) juga telah menyenaraikan buluh sebagai salah satu spesies dalam Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI