fbpx

Harimau Selatan enggan pandang rendah Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL menyifatkan pertembungan menentang Selangor malam esok cukup sengit berdasarkan rekod pertemuan terdahulu antara kedua-dua pasukan. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

KUALA LUMPUR – Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak tidak pernah berasa selesa dengan kedudukan sekarang menjelang pertemuan sukar menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam esok.

Tonggak pertahanan itu menjelaskan, walaupun JDT masih gah di tangga teratas liga tetapi ia tidak bermakna mereka boleh mengambil mudah setiap perlawanan seterusnya kerana lawan yang dihadapi bakal memberi cabaran berbeza.

Justeru, Aidil, 33, menyifatkan perlawanan malam esok cukup penting buat JDT untuk terus mengutip tiga mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu takhta liga.

“Saya anggap setiap perlawanan penting, bukan sahaja untuk malam esok, malah perlawanan-perlawanan sebelum ini juga penting buat kami.

“Walaupun kedudukan JDT dalam liga sekarang agak jauh berbanding pasukan lain tetapi tiada istilah selesa kerana apa sahaja boleh terjadi dan kami tetap akan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Kami tidak pernah pandang rendah kekuatan lawan dan dalam bola sepak, saya hanya fikir pasukan sendiri untuk kami fokus sepenuhnya dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Sebagai rekod, JDT yang juga juara bertahan, kini mendahului carta Liga Super dengan 19 mata, enam mata mengatasi pencabar terdekat, Kedah dengan saingan berbaki empat perlawanan lagi untuk tamat.

Selepas bertemu Selangor malam esok, tiga perlawanan terakhir Liga Super buat skuad bimbingan Benjamin Mora itu ialah Petaling Jaya (PJ) City FC, Sabah dan Melaka United. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI