fbpx

Gergasi Merah resah ketiadaan Brendan Gan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRENDAN (kiri) tidak dapat beraksi bersama skuad Gergasi Merah selepas digantung satu perlawanan menjelang aksi menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

KETUA jurulatih pasukan Se­langor, B. Sathianathan ‘pening’ mencongak kesebelasan utama skuadnya menjelang aksi pen­ting Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah beraksi menentang JDT tanpa kehadiran pemain naturalisasi, Brendan Gan yang digantung ekoran kad merah selain penjaga gol utama, Khairulazhan Khalid yang dilepaskan kerana mempunyai urusan peribadi.

“Pasukan giat menjalani latihan sepanjang minggu ini sebagai persiapan untuk menentang JDT yang mana saya akan melakukan beberapa rombakan dalam k­esebelasan utama pada aksi tersebut.

“Brendan tidak dapat beraksi selepas digantung perlawanan manakala Azhan pula diberikan cuti pelepasan kerana melangsungkan perkahwinan. Jus­teru, kemungkinan besar Farizal Harun akan mengisi kekosongan sebagai penjaga gol.

“Namun, posisi Brendan agak sukar untuk digantikan, mungkin peluang akan diberikan kepada K. Sarkunan atau bakal ada perubahan taktikal serta formasi di bahagian tengah yang belum saya tentukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Sathianathan memberi amaran supaya anak-anak buahnya bersedia dari segi mental dan fizikal dalam misi mencuri mata penting di Johor meskipun dianggap sebagai tugas mustahil.

“Kita tahu kualiti dimiliki JDT terutama di gelanggang mereka dengan padang serta fasiliti berkelas antarabangsa. Selangor boleh menghormati JDT tetapi itu tidak bermakna pasukan boleh tunduk dengan mudah.

“Saya mahu pemain yang diturunkan serius untuk bersaing dengan kompetitif agar dapat mencuri mata. Pada masa sama, saya juga harap pengadil perlawanan dapat menjalankan tugas dengan baik nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI