fbpx
ORANG awam yang melanggar protokol kesihatan didenda membaca surah Yasin. – SUARA.COM

Dihukum baca surah Yasin jika tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Orang ramai yang didapati tidak memakai pelitup muka semasa di tempat awam dikenakan denda membaca surah Yasin di bandar Cilegon, wilayah Banten kelmarin, lapor laman Suara.com.

Ketua Polis Cilegon, Kompol Jajang Mulyanan berkata, hukuman tersebut dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa mengikuti garis panduan kesihatan yang ditetapkan.

“Di samping memberi ke­sedaran mengenai bahaya Co­vid-19, ia secara tidak langsung dapat mendoakan supaya penularan virus itu di negara ini segera berakhir.

“Ada juga orang ramai yang ing­kar dengan arahan pemakaian pelitup muka ini kita arahkan supaya melaungkan azan,” katanya.

Selain itu, Kompol Jajang berkata, sebelum membaca surah Yasin, pesalah turut dikehendaki mengambil wuduk bagi menyucikan diri terlebih dahulu.

“Sebelum memegang naskhah al-Quran, mereka dikehendaki mengambil wuduk terlebih dahulu.

“Bukan sahaja untuk menyu­cikan diri, malah selari dengan garis panduan kesihatan iaitu menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan,” ujarnya.

Selesai membaca surah Yasin, mereka dikehendaki mengisi surat perjanjian pemakaian pelitup muka ketika berada di luar rumah.

Tambah Kompol Jajang, pihaknya akan menjalankan operasi pemantauan tiga kali sehari di beberapa tempat tumpuan orang ramai.

Sementara itu, seorang pesalah yang didenda, Yudi me­ngakui terlupa membawa pelitup muka bersamanya kerana terburu-buru pergi ke pasar.

“Saya terlupa membawa pelitup muka kerana hendak cepat ke pasar membeli barang keperluan.

“Saya telah sedar dan akan sentiasa ingat untuk memakai pelitup muka jika hendak keluar rumah selepas ini,” ujarnya. – Agensi