fbpx

SPRM gagal lucut hak RM700,000 milik UMNO Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini gagal dalam permohonannya untuk melucutkan hak RM700,000 milik UMNO bahagian Pekan yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pemohon iaitu SPRM tidak berjaya membuktikan jumlah wang itu dalam akaun UMNO Pekan selaku responden pertama di bawah Seksyen 56.

Seksyen 56 ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Prosiding melucut hak memerlukan kepatuhan yang ketat terhadap undang-undang kerana menyentuh jaminan perlembagaan mengikut Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu dalam situasi ini, saya menolak permohonan tersebut,” katanya.

Ahmad Shahrir juga berkata kesemua responden menyatakan jumlah RM700,000 telah digunakan untuk perbelanjaan utiliti, pembelian peralatan dan pembayaran lain untuk responden pertama dan baki dalam akaun responden pertama tidak berasal daripada akaun Najib yang dibekukan.

Sejurus selepas prosiding, Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Abdul Rashid Sulaiman, ketika ditemui, berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Dalam prosiding itu, UMNO Bahagian Pekan diwakili peguam Datuk M. Reza Hassan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI