fbpx

Muguruza mara singkirkan Stephens di Terbuka Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUGURUZA bakal turun menentang Gauff selepas menyingkirkan Stephens pada aksi pusingan pertama Terbuka Itali. – AFP

ROM, Itali – Pemain pilihan ke-9 kejohanan, Garbine Muguruza sangat teruja apabila dapat meraih kemenangan pada pusingan pertama Terbuka Itali selepas berjaya menewaskan Sloane Stephens dengan kemenangan 6-3, 6-3 awal pagi semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan pemain kelahiran Sepanyol itu mara ke pusingan kedua dan bakal bertemu dengan pemain remaja sensasi Amerika Syarikat, Coco Gauff hari ini.

Muguruza berkata, perlawanan menentang Stephens sangat sukar memandangkan kualiti serta kelebihan yang dimiliki lawannya itu ketika beraksi dalam gelanggang tanah liat sebelum ini.

“Ini adalah perlawanan yang sukar buat saya secara peribadi tetapi sangat gembira apabila ia berjaya dilakukan dengan kemenangan straight-set. Lebih manis, ia adalah kemenangan pertama saya di gelanggang tanah liat pa­da tahun ini.

“Pujian turut wajar diberikan kepada Stephens yang menggu­nakan segala pengalamannya un­tuk memberikan tentangan sengit tetapi saya berjaya mengawal setiap asakan dan membalas pukulan dengan tepat.

“Apa yang pasti, saya tidak boleh terlalu gembira kerana akan menentang Gauff di pusi­ngan kedua yang saya anggap sebagai salah seorang pemain muda yang memiliki masa depan cerah dalam dunia tenis,” kata­nya.

Sementara itu, Gauff berjaya mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Ons Jabeur dengan keputusan straight-set 6-4, 6-3.

Pemain dari Rusia, Daria Kasatkina turut melangkah ke pu­singan kedua dengan menewas­kan rakan senegara, Vera Zvo­­nareva 6-2, 6-2. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI