fbpx

Terbabit nahas dalam perjalanan pulang hantar jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan dalam Facebook SPJ Malaysia.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

NILAI – Dua ahli Skuad Pengurusan Jenazah berhadapan detik-detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di kilometer 277.8, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi, kedua-duanya dalam perjalanan pulang menghantar jenazah di Parit Raja, Johor menuju ke Kuala Lumpur.

Menurut Pengurus Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ), Ustaz Rafie Zainal, kedua-duanya berada dalam keadaan stabil namun salah seorang daripada ahli skuad masih lagi ditahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

“Berkemungkinan, mangsa yang berusia 22 tahun mengalami kecederaan patah tulang belakang,” katanya ketika dihubungi, dekat sini hari ini.

Sebelum itu dalam hantaran Facebook SPJ Malaysia, kenderaan komuniti skuad berkenaan terbabit dalam kemalangan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Seremban.

SPJ Malaysia merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu menguruskan jenazah secara sukarela tanpa sebarang bayaran bagi golongan kurang berkemampuan.

Sementara itu, Jurucakap Polis berkata, kemalangan berkenaan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu kereta jenis Peugeot dan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Produa Alza dan Proton Exora.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kemalangan berkenaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI