fbpx

ATM terima 40 unit Honda Civic 1.8S

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia semalam menyerahkan 40 unit Civic 1.8S kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tujuan pemerkasaan undang-undang dan tugas kepolisan oleh Kor Polis Tentera DiRaja.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata, penyerahan jentera generasi ke-10 Civic tersebut adalah julung kali diadakan melibatkan model Honda daripada pihaknya kepada ATM.

“Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menggunakan model paling laris dalam segmen C tersebut sebagai jentera rondaan mereka dan kini kami menghantar lebih daripada 1,000 unit Civic 1.8S kepada PDRM bagi tujuan penguatkuasaan.

“Honda Malaysia berbangga bahawa Civic sekali lagi dipilih sebagai jentera pilihan petugas barisan hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Honda Civic merupakan antara kereta paling popular dalam kalangan rakyat negara ini.

Sejak pelancarannya pada Februari lalu, Civic pemasangan tempatan itu telah dijual melebihi 5,600 unit dan kekal di tangga pertama dalam pasaran segmen C dengan penguasaan pasaran sebanyak 78 peratus sehingga Julai lalu.

Jentera facelift itu dilengkapi dengan teknologi keselamatan canggih Honda antaranya Honda LaneWatch serta Honda Sensing.

Civic yang diserahkan kepada ATM dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC dan mampu menghamburkan kuasa maksimum 141PS dan tork maksimum 174Nm. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI