fbpx

Sungai Kim Kim jadi taman eko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang tercemar akibat pembuangan sisa kimia pada Mac 2019. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sungai Kim Kim di Pasir Gudang dekat sini yang pernah menggemparkan negara akibat masalah pencemaran pada 2019 akan diba­ngunkan sebagai taman eko melalui Projek Sungai Nadi Kehidupan.

Projek itu mendapat peruntukan RM150,000 dan dijang­ka siap pada Disember ini.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dipilih mengetuai empat buah universiti di Zon Selatan untuk menja­yakan projek itu.

Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Madya Dr. Johari Surif berkata, pihaknya mendapat peruntukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membangunkan jajaran sungai sepanjang 200 meter di Sungai Kim Kim.

“Projek ini sudah berjalan bagi fasa pertama iaitu perbincangan bersama pihak universiti, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengaliran dan Saliran serta masyarakat setempat.

“Kita mendapat respons yang baik dan semua pihak yang terlibat sudah bersetuju,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Selain UTM, kepakaran tiga universiti lain iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Me­laka dan Universiti Sains Islam Malaysia akan digabungkan bagi menjayakan projek tersebut.

Konsep Sungai Nadi Kehidupan diinspirasikan daripada Ri­ver for People di Si­ngapura me­ngenai kesedaran menjaga sungai melibatkan semua terma­suk pihak industri.

“Kepakaran UTM adalah memba­ngunkan sungai itu de­ngan membina taman eko.

“Sekiranya berjaya, projek ini akan diteruskan di sepanjang 15 kilometer Sungai Kim Kim de­ngan penglibatan pihak industri dan masyarakat,” katanya.

UTHM berperanan memberi pendidikan kepada masyarakat setempat, manakala UTeM pula mencipta robot mengutip sampah di sungai berkenaan.

USIM pula berperanan mendidik guru sebagai barisan hadapan dalam pengurusan trauma.

Pada Mac 2019, Sungai Kim Kim dlaporkan berlakunya pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kimia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI