fbpx

Kayuh dengan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
FARID AHMAD TARMIJI, WARTAWAN EKSEKUTIF

MUTAKHIR ini berbasikal menjadi satu aktiviti yang semakin popular dalam kalangan masyarakat negara ini.

Saban minggu pasti kelihatan sekumpulan individu yang menghabiskan masa terluang mereka dengan melakukan aktiviti ter­sebut.

Sememangnya berbasikal se­suatu aktiviti yang amat digalak dan sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.

Tetapi apa yang kurang enak­nya apabila terdapat segelintir masyarakat yang aktif dengan aktiviti tersebut seakan menjadikan jalan raya sebagai milik mereka ketika berbasikal.

Tular di laman-laman sosial mengenai sikap sesetengah penunggang basikal yang melanggar peraturan lalu lintas dan sebagainya yang sempat dirakam dalam bentuk video oleh pengguna jalan yang lain.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Dr. Khai­ril Anwar Abu Kassim, mengakui bahawa aktiviti berbasikal menjadi satu fenomena di negara ini.

Walau bagaimanapun, tegas­nya, mereka yang sering melakukan aktiviti tersebut juga terdedah kepada risiko kemalangan di jalan raya jika aspek keselamatan diabaikan.

“Aktiviti berbasikal dibenarkan di jalan raya dan perkara yang paling penting untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini adalah dengan mematuhi peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan.

“Walaupun berbasikal mereka juga tertakluk dengan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Misalnya walaupun menunggang basikal, mereka tetap tidak boleh melanggar lampu isyarat sesuka hati,” ujarnya.

Tambahnya, jika penunggang basikal ini melanggar peraturan-peraturan jalan raya mereka juga boleh dikenakan tindakan berdasarkan akta yang telah dikuatkuasakan.

Dalam mencari keseronokan, penunggang basikal harus juga peka dengan keadaan sekeliling bagi memastikan aktiviti itu dapat dilakukan dengan selamat.

Sebaiknya ketika berbasikal dalam kumpulan yang ramai elakkan daripada berbasikal secara beriringan sebaliknya dilakukan secara sebaris.

Khairil Anwar menjelaskan, sebaiknya penunggang basikal melakukan aktiviti itu di tempat yang selamat.

“Elakkan daripada berbasikal di jalan yang sibuk dengan kenderaan yang lain. Sebaiknya pilih lokasi-lokasi yang selamat untuk berbasikal.

“Malang tidak berbau kadang kala kita sudah berhati-hati tetapi kerana kesilapan individu lain, kita yang menjadi mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, pensyarah kanan Pusat Sukan dan Sains Eksesias Universiti Malaya, Dr. Nor Eeza Zainal Abidin berkata, semasa berkayuh di jalan raya, penunggang basikal harus sedar bahawa mereka juga berkongsi jalan bersama pengguna jalan raya yang lain.

“Sentiasa berkayuh di laluan paling kiri jalan, memberikan isyarat tangan jika ingin membelok, menggunakan lampu depan dan belakang dapat menyedarkan pengguna lain akan kewujudan penunggang basikal di hadapan mereka sekali gus dapat mengurangkan risiko kemala­ngan jalan raya.

“Penggunaan pakaian yang sesuai juga merupakan salah satu faktor utama dalam memastikan keselesaan dan keselamatan. Penunggang basikal haruslah fokus semasa melakukan aktiviti ter­sebut,” katanya.

Tambahnya, penunggang ba­sikal haruslah fokus semasa me­lakukan aktiviti tersebut serta peka terhadap persekitaran seperti lubang di tengah laluan, permukaan yang licin dan merbahaya atau haiwan liar berkeliaran yang kadangkala boleh menyebabkan mereka terlibat dalam kemalangan.

Menurut Nor Eeza, sebaiknya jika aktiviti berkayuh basikal dilakukan dalam kumpulan yang besar seharusnya biarlah ada kenderaan yang mengiringi di ­hadapan dan belakang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI