fbpx

Polis cari budak perempuan pandu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz.

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Polis sedang mengenal pasti identiti seorang budak perempuan bawah umur yang memandu sebuah kenderaan di mana video rakaman tersebut tular di media sosial Facebook.

Rakaman berdurasi 33 saat itu dipercayai dirakam pada tahun 2018 di lokasi berdekatan rumah berhampiran Meru Hills dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan ke atas video tular di Facebook atas nama ‘Sayang-Sayang DSV’ itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ipoh.

Katanya, menerusi rakaman berkenaan seorang budak perempuan didapati sedang memandu sebuah kenderaan di mana model dan nombor pendaftaran tidak pasti.

“Dalam video sama juga didapati terdapat suara seorang wanita sedang berbual dengan pemandu tersebut. Video itu dipercayai dirakam pada tahun 2018 di lokasi berhampiran rumah di Meru Hills di sini.

“Siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan identiti pelaku dan butiran kenderaan dalam video berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut A. Asmadi, satu laporan polis telah dibuat pegawai trafik ke atas video tular itu bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

Katanya, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana memandu kenderaan motor tanpa lesen yang boleh didenda tidak kurang RM300 atau penjara selama tempoh tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis sangat menitikberatkan keselamatan pengguna jalan raya dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pesalah lalu lintas yang melanggar peraturan.

Dalam pada itu, carian di Facebook atas nama ‘Sayang-Sayang DSV’ mendapati laman sosial tersebut merupakan laman Facebook rasmi Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI