fbpx

Penjaga ditahan, mayat kanak-kanak ada kesan dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd. Said Ibrahim berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada kanak-kanak tersebut.

“Pada 5 September (Sabtu) lalu, kira-kira pukul 10.09 malam, ibu kanak-kanak itu telah membawa mangsa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bedah siasat yang dijalankan oleh pihak hospital tidak dapat menentukan punca kematian setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohd. Said berkata, tangkapan telah dijalankan ke atas tiga penjaga kanak-kanak terbabit iaitu dua perempuan dan seorang lelaki bagi membantu siasatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI