fbpx

60 jambatan rosak, 2,000 rumah musnah akibat taufan di Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 12,000 sukarelawan yang akan membantu kerajaan Korea Utara memulihkan kawasan dilanda bencana taufan. - AFP

PYONGYANG – Hampir 60 jambatan rosak manakala kira-kira 2,000 rumah lagi musnah di Korea Utara akibat taufan sejak minggu lalu.

Negara tersebut yang belum pulih sepenuhnya daripada kemusnahan akibat Taufan Maysak minggu lalu kini berhadapan ancaman Taufan Haishen.

Menurut agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA, Taufan Maysak memusnahkan kira-kira 2,000 buah kediaman dan mengakibatkan ratusan lagi bangunan awam rosak.

“Jalan raya sepanjang 60 kilometer dan 59 jambatan runtuh manakala 3,500 meter landasan kereta api rosak,” lapor agensi berkenaan.

Bencana alam memberikan kesan lebih buruk terhadap Korea Utara berikutan pembinaan infrastrukturnya yang kurang berkualiti.

Selain itu, negara tersebut turut terdedah dengan kejadian banjir kerana aktivit penebangan hutan gunung dan bukit yang tidak terkawal.

Sementara itu, pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un mengarahkan 12,000 ahli akar umbi partinya membantu dalam usaha pemulihan kawasan luar bandar yang terjejas.

Seorang ahli parti, Kang Chol Jin berkata, dia teruja dan bersemangat membantu kerajaan memulihkan kawasan terjejas bencana.

“Kita tidak takutkan apa-apa.

“Kami bersemangat untuk pergi ke kawasan terjejas bencana taufan dan menyempurnakan tugas ini secepat mungkin,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI