fbpx

U-Gates 1.0 jana jualan RM4.5 setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Nurkhuzaini (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta U-Tubes 1.0, Muhammad Hanif (kanan) pada majlis Graduasi U-Gates 1.0 di Kuala Terengganu hari ini.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU – Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) 5.0 yang kemudiannya telah dijenamakan sebagai U-Gates 1.0 berjaya menjana jualan RM4.5 juta dalam tempoh setahun penganjurannya.

Pengerusi Jawatan kuasa Keusahawan, Sumber Manusia, Industri Asas Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, program kelolaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) berkenaan telah disertai 47 graduan tempatan dari seluruh negeri ini.

“Program U-Gates 1.0 bertujuan melatih graduan Terengganu yang baru menamatkan pengajian dalam bidang keusahawanan sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan mereka.

“Sepanjang program yang memakan masa setahun tersebut, peserta akan mempelajari ilmu keusahawan secara teori dan praktikal daripada tenaga pengajar YPUT dan mentor yang terdiri dalam kalangan usahawan berjaya,” katanya pada majlis Graduasi U-Gates 1.0 di sini hari ini.

Mohd. Nurkhuzaini menjelaskan, peserta program U-Gates 1.0 menceburi pelbagai bidang perniagaan seperti makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, pelancongan, kesihatan dan kosmetik, perkilangan dan pembuatan serta industri kreatif.

Beliau berkata, progres perniagaan setiap peserta terbabit akan terus dipantau selama tiga tahun selepas program U-Gates 1.0 berakhir bagi memastikan kejayaan.

“Program U-Gates 2.0 akan diteruskan pada masa terdekat dan setakat ini calon berpotensi yang disenarai pendek untuk di temuduga,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI