fbpx

Terjejas Covid-19, tiada pekerja E-Mutiara dibuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim beramah mesra dengan seorang asnaf cacat penglihatan yang menerima sumbangan zakat di Hentian Gua Musang hari ini.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Tiada pekerja pengendali bas ekspres, Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) dibuang ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, mereka berjaya mengekalkan seramai 500 pekerja yang terdiri daripada pihak pengurusan dan kakitangan lain meskipun syarikat mengalami kerugian pendapatan dalam tempoh tersebut.

Katanya, mereka terpaksa memberhentikan perkhidmatan bas ekspres selama tiga bulan dan juga operasi di Hentian Rehat Dan Rawat (R&R) Gua Musang dekat Hentian Gua Musang.

“Kami tidak memberi seorang pun pekerja notis untuk berhenti walaupun prestasi kewangan syarikat terjejas.

“Kita mahu kenang jasa mereka kerana semasa senang dulu kita memerlukan tenaga mereka. Jadi, sekarang kita pula berkorban untuk menjaga kebajikan mereka. Hentian Gua Musang mempunyai 200 orang pekerja manakala E-Mutiara seramai 300 orang,” katanya.

Che Ibrahim berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan zakat dan bantuan barangan makanan kepada 300 orang asnaf di Hentian Gua Musang di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI