fbpx

V Shem-Wee Kiong tolak panggilan skuad Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V SHEM-Wee Kiong menolak untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark bermula 3 hingga 11 Oktober depan atas urusan peribadi.

PEMENANG pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong sah tidak berada dalam skuad badminton negara bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark 3 hingga 11 Oktober depan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat lanjut berhubung perkara ber­kenaan, namun mengesahkan bekas beregu lelaki No. 1 dunia itu terpaksa menolak atas urusan peribadi.

Semalam, BAM mengumumkan senarai 20 pemain lelaki dan wanita yang akan menggalas cabaran Malaysia bagi menghadapi saingan Piala Thomas dan Piala Uber nanti.

Perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia akan mengetuai cabaran Piala Thomas kali ini diiringi Cheam June Wei dan Leong Jun Hao serta pemain ­profesional, Liew Daren dalam acara tersebut.

Bagi acara beregu lelaki me­nyaksikan naib juara kejohanan Seluruh England (All England) 2019, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan memimpin skuad itu yang turut dibarisi Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Malaysia dijangka tidak berdepan masalah besar untuk melayakkan diri ke peringkatseterusnya iaitu suku akhir apabila diundi dalam Kumpulan A bersama musuh tradisi, Indonesia serta dua wakil Eropah, England dan Belanda.

Sementara itu, bagi saingan Piala Uber pula, BAM membentuk gandingan pemain senior dan muda apabila menyenaraikan Soniia Cheah, S. Kisona, Goh Jin Wei dan Eoon Qi Xuan bagi acara perseorangan.

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen dan Pearly Tan-M. Thinaah pula akan menggalas cabaran skuad wanita dalam acara beregu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI