fbpx

MAIWP lulus peruntukan RM50 juta bantu golongan terjejas PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akhbar (empat dari kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang warga emas pada program Sentuhan Kasih MAIWP di Kampung Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) telah meluluskan peruntukan hampir RM50 juta untuk membantu golongan berkelayakan yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon berkata, bantuan tersebut bukan sahaja disalurkan kepada golongan sasaran yang menetap di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan malah di seluruh negara termasuk Pantai Timur.

Beliau berkata, peruntukan RM50 juta tersebut digunakan untuk membantu golongan terjejas akibat PKP berkenaan dan ia tidak termasuk 30 skim bantuan zakat sedia ada di MAIWP.

“MAIWP mengambil pendekatan turun padang ke seluruh negara melalui Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan untuk menyantuni umat Islam yang memerlukan di seluruh negara.

“Antara golongan sasaran ialah golongan B40 (berpendapatan rendah) dan geladangan,” katanya selepas menyampaikan bantuan sempena program Ziarah Kasih Zon Pantai Timur di Dewan Sivik Kampung Buluh, Kuala Berang di sini hari ini.

Pada program anjuran Kelab Bowling MAIWP berkenaan, seramai 210 asnaf, empat masjid, tiga surau dan maahad tahfiz menerima sumbangan berupa barangan keperluan dan wang tunai yang berjumlah keseluruhan RM70,000.

Akbar berkata, pemberian sumbangan itu akan diteruskan kepada golongan terjejas sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditamatkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI