fbpx

UMNO wajar dapat majoriti kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (dua, kanan) ketika melawat booth pameran selepas Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Biduanda UiTM Rembau, di sini pagi tadi.

NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – UMNO dilihat wajar mendapat pembahagian kerusi paling banyak bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah berdasarkan faktor kekuatan, pengaruh dan kepimpinan parti politik itu.

Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, buat masa ini beliau difahamkan senarai calon sedang dimuktamatkan dan akan diumumkan dalam masa beberapa hari.

Menurutnya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), perbincangan mengenai pembahagian kerusi berkenaan telah pun sampai ke peringkat akhir pengagihan dan diharap tidak berlaku pertindahan dalam kalangan UMNO dan juga rakan dalam UMNO.

“Saya harap tidak ada apa-apa pertindahan supaya pengagihan  secara adil dan saksama dengan parti-parti lain.

“Saya harap juga bahawa UMNO akan bertanding di majoriti kerusi sebab kalau lihat daripada kekuatan bilangan kerusi yang diberikan kepada UMNO Sabah, saya rasa perlu lebih banyak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Biduanda Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau di sini tadi.

Katanya, fomula pengagihan kerusi itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk tindakan seterusnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI