fbpx

Bapa Daler Yusuf maut akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Daler Yusuf bersama bapanya, Dusmat Hamroyev yang meninggal dunia akibat Covid-19 kelmarin.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Daler Yusuf kehilangan bapa tersayang, Dusmat Hamroyev yang disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 kelmarin.

Daler atau nama sebenar­nya, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad berkongsi berita kehilangan itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Rasanya, ini merupakan tahun paling sukar buat saya. Hari ini (Khamis), bapa saya meninggal dunia akibat Covid-19.

“Banyak hajat dia dan cita-citanya yang belum kesam­paian, tetapi saya percaya Allah lebih sayangkannya.

“Semoga Allah menempatkan rohnya dalam kala­ngan orang yang beriman. Saya mohon semua supaya mendoakan Daler dan keluarga kuat,” tulis pelakon drama rantaian popular Tuan Anas Mikael itu.

Bapanya yang berusia 54 tahun itu menghembuskan nafas yang terakhir di Uzbekistan selepas lebih 10 hari menerima rawatan di hospital.

Pada 7 Ogos lalu, Daler kehilangan neneknya, Muhammadiyeva Shodi yang meninggal dunia akibat wabak sama.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI