fbpx

Azarenka berjaya lunas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZARENKA melangkah ke pusingan ketiga Terbuka AS selepas menundukkan Sabalenka awal pagi semalam. - AFP

NEW YORK – Pemain No.27 du­­nia, Victoria Azarenka melunas­kan dendam ke atas Aryna Sa­ba­lenka selepas menang straight-set 6-1, 6-3 pada ­pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbu­ka Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam.

Pemain Belarus itu menampilkan aksi cukup meyakinkan pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Tenis Nasional USTA Billie Jean King sekali gus mara ke pu­singan ketiga.

Azarenka yang juga juara dua kali kejohanan Terbuka Australia itu mengakui gembira bertemu serta menewaskan Sabalenka yang juga rakan senegaranya.

“Keyakinan perlu ada ­untuk melakar kemenangan. Jika ­an­da percaya pada diri sendiri, anda akan dapat keyakinan dan hasilnya bakal dituai selepas itu.

“Saya sangat gembira apabila dua pemain Belarus bertemu sesama sendiri dan menampilkan aksi menghiburkan. Saya juga gembira dapat tewaskannya, kami hanya musuh ketika di dalam gelanggang,” kata Azarenka.

Azarenka tewas dalam dua aksi iaitu di Dongfeng Motor Wuhan Open dan Hengquin Life WTA Elite Trophy Zhuhai tahun lalu kepada Sabalenka tetapi kali ini berjaya melunaskan dendamnya itu.

Meskipun dianggap pemain pilihan pada perlawanan tersebut, namun bekas pemain No.1 dunia itu menegaskan dia tidak memandang ringan cabaran Sabalenka.

“Orang ramai hanya mampu membuat ramalan tetapi saya sentiasa tampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Asalkan saya gembira di dalam gelanggang, itu sudah mencukupi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI