fbpx

Perompak lepaskan tembakan, larikan RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bersenjatakan pistol melepaskan satu das tembakan sebelum melarikan wang tunai RM20,000 di sebuah bank di Jalan SS 15/4G, Subang Jaya, Selangor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, suspek melepaskan tembakan ke arah siling bank itu selepas bertindak menolak pengawal keselamatan bank tersebut.

“Suspek kemudian meluru ke kaunter dan mengarahkan pekerja bank menyerahkan wang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika hujan lebat. Pasukan forensik berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Risikin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan ketika rompakan dan Seksyen 392 serta 397 Kanun Keseksaan (rompak dengan senjata).

Menurut beliau, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Deputi Superintendan Yeoh Chun Shyan di talian 03-78627222. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI