fbpx

Kenaikan harga barang dorong pengguna ke pasaran gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa bertindak segera untuk mendapatkan semula nilai kerugian sebanyak RM5 bilion daripada kegiatan penyeludupan rokok.
Saranan tersebut diperoleh melalui hasil kaji selidik kedua yang dijalankan oleh British American Tobacco (Malaysia) Bhd. (BAT) dengan melibatkan sehingga 2,000 orang dewasa di seluruh negara yang diadakan secara online.
Menurut kaji selidik itu juga, syarikat mendapati majoriti daripada rakyat negara ini percaya bahawa kenaikan harga barangan khususnya rokok telah mendorong orang ramai beralih kepada pasaran gelap.


Mengulas mengenai hasil kaji selidik berkenaan, Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, daripada maklum balas yang diterima, rakyat menyarankan agar tindakan diambil segera bagi me­ngurangkan harga bagi beberapa barangan untuk membanteras pasaran gelap.
“Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh kebim­bangan rakyat berkaitan jaminan pekerjaan dan kestabilan pendapatan hidup ekoran krisis Covid-19 yang berlarutan sehingga ke hari ini.
“Sebarang usaha oleh kerajaan untuk menutup ketirisan dan mengembalikan kehila­ngan hasil negara di dalam Bajet 2021, pasti akan disokong oleh rakyat Malaysia.
“Ia hanya boleh dicapai menerusi pendekatan menyeluruh dengan kerajaan menggunakan segala jentera yang dimilikinya,” jelas beliau.
Selain itu, Reed menerangkan, seramai lapan daripada 10 orang bersetuju bahawa penguatkuasaan yang lebih ketat diperlukan bagi menambah keselamatan sempadan dan pemantauan lebih teliti produk yang diimport dan dieksport.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI