fbpx

TNB potong bekalan elektrik 14 premis judi nombor ekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raub (tengah) melihat penguatkuasa TNB memotong bekalan elektrik ke atas premis yg menjalankan kegiatan judi nombor ekor di daerah Segamat hari ini.

Oleh FARAHWAHIDA AHMAD

SEGAMAT – Polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di 14 premis yang menjalankan kegiatan judi ekor haram di sekitar Segamat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata, operasi serbuan bermula pukul 10 pagi membabitkan empat premis di Labis, empat di bandar Segamat, dua di Buloh Kasap, tiga Jementah dan satu di Batu Anam.

Premis terbabit antaranya di kedai kopi, serbaneka dan kedai menjual motorsikal yang kegiatannya mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kesemua premis ini tersebut pernah diserbu beberapa kali sebelum ini tetapi pemilik dan penjaga premis masih berdegil.

“Kita melaksanakan pemotongan bekalan elektrik di semua premis itu bagi mengelakkan mereka terus menjalankan kegiatan haram tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Abdullah hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Asistant Superitendan, Mohd. Shahril Abu Bakar.

Raub berkata, beberapa individu lelaki warga tempatan tidak mempunyai pekerjaan tetap berusia diantara 30an sehingga 60an telah pun dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini namun masih tidak serik menjalankan kegiatan haram itu.

Operasi dilaksanakan mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Setiap premis ekor haram ini dipercayai mengutip pertaruhan antara RM1,500 sehingga RM3000 setiap hari dan dipercayai baru beroperasi semula sejak beberapa hari lalu.” jelas Raub.

“Kita akan meneruskan operasi pemotongan bekalan elektrik dan akan bertindak lebih tegas termasuk mengambil tindakan ke atas pemilik yang menyewakan premis untuk kegiatan judi ekor haram dan dalam talian.” Ujarnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI