fbpx

Babi hutan tidak boleh tidur jika tiada bantal, selimut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melihat haiwan tersebut di sebuah kandang di Kampung Karang Waru, Kabupaten Musi Rawas, Sumatera Selatan di Indonesia baru-baru ini. – TribunSumsel/Rahmat Aizullah

JAKARTA – Seekor babi hutan di Kabupaten Musi Rawas, wilayah Sumatera Selatan, menarik perhatian orang ramai kerana ia memerlukan bantal dan selimut untuk tidur.

Menurut laporan Tribun News,­ haiwan itu terpaksa di­pelihara oleh sebuah keluarga di Kampung Karang Waru kerana enggan pulang ke habitat asal walaupun berulang kali diusir.

Penjaga haiwan itu yang dikenali sebagai Reno, 34, berkata, babi hutan betina itu mengalirkan air mata seakan-akan menangis dan enggan tidur jika tiada bantal serta selimut.

“Ia sudah berada di sini sejak tiga malam lalu dan babi ini hanya akan tidur jika diberikan bantal dan selimut.

“Saya beberapa kali cuba me­ngusirnya tetapi babi ini tidak mahu kembali ke hutan. Justeru, saya peliharanya kerana simpati,” kata Reno.

Sementara itu, Ketua Kampung Karang Waru, Arwan me­ngaku bahawa dia berasa pelik berhubung kelakuan babi hutan itu yang terus mengekori Reno.

“Ini memang pelik kerana ia adalah seekor babi hutan. Bia­sanya, haiwan ini akan melarikan diri jika melihat manusia. Ini babi jinak,” katanya.

Lebih mengejutkan, Arwan berkata, babi itu cuma akan tidur jika ada bantal dan selimut selain mahu makan nasi serta susu.

Reno dilaporkan ke hutan untuk mengambil air di kawasan mata air berhampiran rumahnya sebelum babi itu tiba-tiba muncul dan mengekorinya pulang.

Ahli Persatuan Sukan Buru Babi (PORBI) Kabupaten Musi Rawas Utara, Evan berkata, babi hutan biasa berkeliaran mencari makanan di kawasan perkampungan.

“Babi hutan biasa mencari makanan di kampung dan sudah tidak lagi takut kepada manusia,” katanya yang mendakwa kawasan perkampungan Reno mempunyai populasi tinggi hidupan liar itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI