fbpx

13 PATI ditahan bersembunyi dalam kebun ubi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 13 orang PATI ditahan ketika cuba bersembunyi dalam kebun ubi di Kampung Hidayat Batu 4, Tawau.

Oleh IVAN AMIRUL

TAWAU – Tindakan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia bersembunyi dalam kebun ubi gagal apabila berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Kampung Hidayat Batu 4 semalam.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, polis menahan lima lelaki, lima wanita dan tiga kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 58 tahun.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Mohd. Nazari Ismail berkata, pihaknya melancarkan Ops Gelora Khas (Op Benteng COVID) di lokasi terbabit selepas menerima maklumat berhubung kemasukan PATI.

“Hasil pemantauan dilakukan, anggota bertugas berjaya mengesan pergerakan beberapa individu dalam keadaan mencurigakan di kawasan kebun ubi yang seterusnya membawa kepada penahanan 13 suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Nazari berkata, pemeriksaan lanjut mendapati semua individu berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, semua PATI itu dipercayai baharu tiba daripada Indonesia dan memasuki ke perairan negara secara haram bertujuan untuk mencari pekerjaan.

Beliau berkata, semua suspek dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih dari enam kali sebatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI