fbpx

Satu parah, dua terperangkap runtuhan bumbung kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang berusaha mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bumbung kilang roti di Batu 22, Ijok.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Seorang parah manakala dua lagi terperangkap dalam kejadian melibatkan runtuhan bumbung di sebuah kilang di Batu 22, Ijok di sini hari ini.

Kesemua mangsa terlibat merupakan lelaki warga Myanmar dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.05 tengah hari.

“Ketika ini, kita telah berjaya mengeluarkan seorang mangsa daripada runtuhan tersebut dan dilaporkan cedera parah.

“Usaha membawa keluar dua lagi mangsa sedang giat dilakukan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI