fbpx

Mukhriz akui anak langgar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mukhriz Mahathir

TANJUNG MALIM – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan anak perempuan dan menantunya ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah kelab malam di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, beliau memuji pihak polis yang tegas dan megambil tindakan secara adil dan saksama dalam soal pematuhan PKPP.

Bagaimanapun beliau mengakui kecewa kerana anaknya melanggar peraturan walaupun telah diberikan teguran.

“Kita dah beri teguran supaya tidak melanggar PKPP, kena tunjuk contoh yang baik.

“Memanglah rasa kecewa bahawa pelanggaran itu tetap berlaku juga dan memang patutlah dia kena kompaun,” katanya ketika ditemui pada program sepetang bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Felda Besot 3 di sini hari ini.

Beliau mengakui anak dan menantunya telah dibawa ke balai polis bersama dengan 27 individu lain kerana kesalahan melanggar PKPP.

Menurutnya, kedua-dua mereka dikenakan kompaun RM1,000 dan denda berkenaan telah dibayar.

“Saya ucapkan terima kasih kerana polis bersikap begitu telus adil dan saksama kerana tiada unsur pengurangan dari segi kompaun.

“Polis ikut undang-undang mereka kena bayar seribu ringgit dan tiada diskaun. Kalau ada diskaun mungkin saya dan Tun akan dituduh mencampuri urusan polis minta ihsan untuk beri keistimewaan kepada anak dan menantu saya,” katanya.

Mengenai dakwaan anak perempuannya ditahan dalam keadaan mabuk, Mukhriz berkata, beliau membuat kenyataan berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh polis Kuala Lumpur.

“Kenyataan itu jelas mengatakan bahawa ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Kenyataan-kenyataan yang dibuat pihak lain di luar daripada kenyataan rasmi polis saya tak layan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI