fbpx

Sterling dikhuatiri terkena kluster Bolt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING perlu menjalani kuarantin diri bagi membendung daripada penularan jangkitan Covid-19 selepas menghadiri parti sambutan hari lahir Bolt baru-baru ini. – AFP

LONDON – Bintang Manchester City, Raheem Sterling diarahkan menjalani pemeriksaan ujian calitan dalam kadar segera dan mengkuarantinkan diri di kediamannya kerana bimbang kemungkinan dia dijangkiti wabak pandemik Covid-19.

Ia selepas Sterling, 25, dikatakan telah menyertai satu parti keraian di Jamaica bagi meraikan sambutan hari lahir legenda pecut dunia, Usain Bolt baru-­baru ini.

Lebih membimbangkan apabila Bolt, 34, mengesahkan bahawa­ dirinya telah disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri parti tersebut.

Dalam satu klip video yang tersebar, Sterling dilihat langsung tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan pada masa sama tidak memakai pelitup muka ketika menyertai parti tersebut.

Sumber rapat kepada Sterling mengakui, penyerang itu berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang simptom dijangkiti wabak Covid-19 tetapi perlu menerima hakikat bahawa dia adalah kontak rapat kepada Bolt.

“Sterling dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang simptom wabak berkenaan. Dia (Sterling) akan menjalani proses kuarantin di rumah serta-merta,” kata sumber tersebut.

Situasi itu pastinya memberikan tamparan besar kepada England dalam persediaan menghadapi Iceland dan Denmark pada aksi Liga Negara-Negara Eropah awal bulan depan.

Pengurus The Three Lions, Gareth Southgate dijangka tidak menyenaraikan nama Sterling dalam barisan pemainnya bagi membendung penularan wabak Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI