fbpx

Remaja maut dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Muhammad Zul

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Seorang remaja maut apabila motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Taman Seri Impian di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu,  mangsa, Nur Muhammad Zul Iskandar Nizam, 18, meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke kedai dari rumahnya.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian sebuah lori membelok dan merempuh motosikal ditunggang mangsa.

“Lori berkenaan dari arah bandar Kluang dalam perjalanan menghantar barang di kawasan berdekatan. Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu lori berusia 55 tahun dan kelindan berusia 19 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Abduh, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kenderaan terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Sri Lalang untuk pemeriksaan.

Dalam pada itu, mangsa yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kota Tinggi itu disifatkan sebagai pelajar yang baik ketika berada di sekolah.

Menurut laman sosial Facebook rasmi sekolah itu, mangsa juga adalah anak kepada salah seorang guru di bandar tersebut.

Kata hantaran di Facebook itu, motosikal Ducati yang terbabit dengan kemalangan itu adalah milik ayahnya dan mangsa yang turut memiliki motosikal berkuasa tinggi jenis BMW tetapi tidak menunggangnya ketika kejadian.

“Dahulu abang Zam (ayah mangsa) membeli motosikal saya dan menghadiahkannya kepada arwah.

“Ayahnya menghadiahkan motosikal jenis BMW kepada arwah sewaktu usianya 15 tahun dan mereka sering menonton perlumbaan motor seperti Moto GP di Litar Sepang,” tulis hantaran di laman sosial itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI