fbpx

KPDNHEP serbu stor simpanan tong gas LPG tanpa lesen 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP sedang memeriksa tong-tong gas LPG yang disyaki disimpan tanpa lesen di sebuah stor penyimpanan di Teluk Lipat, Dungun hari ini.

DUNGUN – Sebuah stor simpanan gas petroleum cecair (LPG) di Teluk Lipat di sini telah diserbu pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini kerana disyaki beroperasi tanpa lesen.

Serbuan pada pukul 12 tengah hari itu berjaya merampas 46 tong gas LPG yang dianggarkan bernilai RM4,966.80.

Ketua Cawangan KPDNHEP Dungun, Muhammad Khairuddin Ali @ Abdul Aziz berkata, stor simpanan gas LPG berkenaan terletak di sebelah rumah pemiliknya yang merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun.

“Siasatan awal mendapati, suspek tersebut aktif menjual tong-tong gas LPG berkenaan kepada pengusaha-pengusaha kedai makan di sekitar daerah ini.

“Dia mengaku memperoleh tong-tong gas LPG tersebut daripada pembekal di daerah ini, tetapi tidak memiliki lesen menjual dan menyimpan barangan kawalan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Muhammad Khairuddin berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Pejabat KPDNHEP cawangan Dungun telah menyita 81 premis simpanan tong gas LPG tanpa permit di seluruh daerah berkenaan melibatkan nilai rampasan RM5,595.80 sejak awal tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI