fbpx

Pelukis pelan rugi RM841,000 ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar

KLANG – Gara-gara panik dikatakan terlibat kegiatan penggubahan wang haram menyebabkan seorang pelukis pelan kerugian RM841,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, baru-baru ini.

Mangsa berusia 64 tahun itu ditipu oleh sindiket tersebut yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian bermula 19 Mac lalu apabila mangsa menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Katanya, suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan akan dikenakan denda penalti sebanyak RM630,000.

“Bimbang dengan dakwaan itu mengakibatkan mangsa menyerahkan semua maklumat perbankannya kepada suspek.

“Mangsa kemudiannya menyedari dirinya ditipu selepas membuat semakan dengan mendapati wang miliknya berjumlah RM841,000 telah dipindahkan ke dalam lima akaun berbeza,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Shamsul Amar, mangsa kemudiannya membuat laporan polis Sabtu lalu dan kes disiasat
mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan sama, beliau meminta orang ramai agar tidak mudah panik dan membuat semakan dengan pihak berkuasa selain merujuk laman sesawang www.ccid.rmp.gov.my/semakmule khususnya berkaitan nombor akaun sindiket Macau Scam. – K! ONLONE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI