fbpx

Empat penebang haram ditahan PGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kayu bakau yang dirampas daripada penebang haram di Jeti Sungai Kembong, Pulau Indah.

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

KLANG – Tindakan empat lelaki menebang pokok bakau secara haram mengundang padah selepas ditahan di Jeti Sungai Kembong, Pulau Indah di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) , Superintendan Zulafendy Hassan berkata, penangkapan kesemua suspek warga tempatan berusia 28 hingga 53 tahun dilakukan pukul 10 malam hasil maklumat awam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mereka disyaki terlibat aktiviti penebangan pokok bakau di sekitar Pulau Carey, Kuala Langat.

“Kesemua kayu pokok tersebut kemudiannya dijual secara haram untuk pasaran di dalam negara.

“Kita turut merampas sebanyak 200 batang kayu bakau, sebuah bot beserta enjin dengan anggaran nilai keseluruhan RM20,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan kesemua suspek telah dibawa ke Balai Polis Pandamaran untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI