fbpx

188 penagih dadah wanita ditahan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslee (empat dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang bersama sebahagian penduduk pada program Komuniti Polis Jihad Dadah di Kampung Menjing, Hulu Terengganu hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Seramai 188 wanita Terengganu telah ditahan di seluruh negeri ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini atas kesalahan penagihan dadah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, kesemua penagih dadah wanita yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 14 hingga 34 tahun.

“Siasatan mendapati kebanyakan wanita terbabit terjebak dalam penyalahgunaan dadah kerana mengikut suami yang sememangnya penagih dadah.

“Selain itu, wanita yang belum berkahwin pula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pergaulan bebas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Roslee menghadiri program Komuniti Polis Jihad Dadah dan Penghayatan Bulan Kemerdekaan ke-63 di Kampung Kuala Menjing.

Beliau berkata, kadar penagihan dadah dalam kalangan wanita di negeri ini masih terkawal dan tidak membimbangkan.

“Begitu pun, kita tetap pantau dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan bagi memastikan statistiknya tidak terus meningkat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI