fbpx

Polis Pulau Pinang potong elektrik 23 premis judi haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pemotongan bekalan elektrik di daerah Seberang Perai Selatan hari ini.

GEORGE TOWN – Polis negeri bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan operasi memotong bekalan elektrik di 23 premis yang didapati menjalankan kegiatan perjudian secara haram dalam serbuan di seluruh Pulau Pinang hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, tindakan tersebut dibuat selepas pihaknya mendapati premis berkenaan menjalankan kegiatan perjudian secara haram disebalik pelbagai perniagaan.

“Antaranya mereka berselindung di sebalik perniagaan barang runcit, menjual telefon, barangan terpakai dan lain-lain.

“Sebagai langkah untuk meningkatkan lagi tindakan ke atas sindiket-sindiket perjudian, pihak kami telah melancarkan Op Dadu Khas mulai Selasa lalu bagi memastikan Kontinjen Pulau Pinang bebas daripada segala akitiviti perjudian haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Sahabudin lagi, sepanjang tahun ini, pihaknya telah menahan seramai 862 individu sehingga Rabu lalu atas pelbagai kesalahan berkaitan perjudian haram.

“Sebanyak 556 serbuan ke atas pelbagai premis perjudian telah dijalankan selain merampas sebanyak 890 buah telefon dan komputer.

“Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM361,478,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4A(a),Seksyen 4(1)(A), Seksyen 7(2) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1959. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI