fbpx

Lelaki ditahan bersama dadah, peralatan pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang ditahan bersama sembilan peralatan pecah rumah termasuk sebilah golok.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki ditahan bersama peralatan disyaki pecah rumah di sebuah pondok di dalam kebun berhampiran jirat cina di Kota Puteri, Ijok di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.45 petang itu, turut merampas 10 peket plastik lut sinar disyaki heroin dan syabu dengan berat keseluruhan 13.54 gram daripada suspek berusia 44 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota termasuk pegawai yang menemui seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pondok tersebut.

Katanya, pemeriksaan menemui sembilan peralatan untuk tujuan pecah rumah termasuk parang panjang berukuran 68 sentimeter (cm), sebilah golok sepanjang 38 cm dan alat pemotong wayar dalam raga motosikal suspek.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap beg sandang suspek juga menemui tujuh peket disyaki heroin seberat 11.07 gram (g) dan tiga peket syabu dengan berat 2.47g.

“Semakan terhadap nombor pendaftaran motosikal digunakan suspek juga didapati nombor palsu namun tiada rekod kehilangan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI