fbpx

Empat suspek curi barang kemas diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV menunjukkan empat individu yang disyaki mencuri di sebuah kedai emas di Bandar Batu Pahat, Johor Rabu lalu.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Empat suspek termasuk dua wanita Arab diburu polis selepas disyaki mencuri di sebuah kedai barangan kemas di sini Rabu lalu.

Dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, suspek didapati berpura-pura untuk membeli barangan kemas dengan meminta pekerja mengeluarkan beberapa contoh untuk dilihat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, perbuatan mereka terbongkar menerusi rakaman  televisyen litar tertutup (CCTV) kedai emas tersebut.

“Suspek meminta pekerja mengeluarkan beberapa rantai emas dan kemudian mengalihkan perhatian pekerja terbabit.

“Suspek kemudian meminta beredar untuk menukar wang dari kedai pengurup wang berdekatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azhan berkata, kejadian hanya disedari apabila pekerja kedai memeriksa stok dan kemudian meneliti rakaman video litar tertutup (CCTV) di kedai emas terbabit.

“Suspek iaitu dua perempuan dipercayai berbangsa Arab dan dua lelaki lain yang menunggu di luar premis kini diburu polis,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesan saspek.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya ke IPD Batu Pahat di talian 07-436 3300,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI