fbpx

Mira Filzah minta maaf pakai baju masyarakat India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA filzah mengenakan pakaian masyarakat India untuk mempromosikan sebuah jenama kanta lekap.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Mira Filzah, 27, memohon maaf kerana memakai pakaian tradisional kaum India bagi mempromosikan satu jenama kanta lekap dalam laman Instagramnya baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dilakukan selepas fotonya memakai pakaian itu tular dalam media sosial hari ini ekoran seorang pengguna memuat naik gambar berkenaan dengan kapsyen: “Ratu budaya bangga mendapat keuntungan dari budaya kita (India)“.

Ciapan berbaur sindiran tersebut mendapat perhatian Mira  sehingga pelakon itu membalas kenyataan yang ditulis oleh pengguna tersebut.

Menurut pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman itu, dia meminta maaf kerana mengenakan pakaian tersebut tetapi tiada niat untuk mengaut keuntungannya daripadanya.

“Pertama kali saya mendapat tawaran ini, saya terfikirkan mata Aishwarya Rai yang berwarna biru dan hijau dalam filem Umrao Jaan. Jadi saya cadangkan kepada produksi mengenai tema Bollywood.

“Lagi sekali, saya mohon maaf kerana tiada niat untuk kaut keuntungan daripada budaya India. Saya cuma kagum dengan Bollywood dan sangat hormatinya,” katanya menerusi ciapan tersebut.

Tambah Mira, dia turut berkongsi bahawa dia merupakan peminat filem Bollywood sejak dibangku sekolah lagi dan sering berangan untuk memakai pakaian yang cantik seperti pelakon Bollywood.

“Saya selalu berangan ingin memakai pakaian seperti yang sering dipakai Madhuri Dixit, cuma tak tahu bila hendak mengenakannya.

“Jadi apabila tawaran ini tiba, saya memang teruja dapat memakainya bersama aksesori yang sangat cantik. Tiada niat untuk mencetuskan sebarang isu,” ujarnya.

Rata-rata netizen turut menyokong kenyataan Mira dengan mengatakan tindakan pelakon itu sepatutnya dipuji kerana seorang pelakon Melayu memakai pakaian kaum lain.

Setakat pukul 10 malam tadi, nama Mira Filzah trending dan merupakan antara yang hangat diperdebatkan oleh netizen di Twitter.

Terdahulu, Mira memuat naik beberapa keping gambar dia mengenakan pakaian tradisional India berwarna keemasan dalam laman Instagramnya.

Gambar tersebut adalah kerjasamanya dengan sebuah kedai online @Lavue.co bagi mempromosikan koleksi kanta lekap terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI